jom kenal duit syiling baru keluaran BNM
Keunikan Malaysia
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.
Duit Syiling Peringatan
Sempena dengan pelancaran duit syiling Malaysia terbaharu, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan 500,000 set duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated - BU) terdiri dari semua denominasi duit syiling yang akan dijual kepada orang ramai secara berperingkat-peringkat.
Set duit syiling peringatan ini didatangkan dalam pakej khas pada harga RM10 setiap satu dan akan dijual mulai 26 Julai 2011 di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia dan Cawangan-Cawangan Bank Negara Malaysia di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. Sila klik pautan ini untuk mendapatkan alamat pejabat-pejabat tersebut.
Waktu operasi kaunter jualan :
Isnin-Jumaat :
9:00 pagi hingga 5:00 petang
Tidak beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Jom kenal syiling baru 50 sen
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan. Ciri Keselamatan Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan. |
|
20 sen
Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.
10 sen
Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.
5 sen
Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.
2 comments:
duit baru n lama..mane lg berat?
duit lama lagi berat..sbb antara 1 ciri-ciri istimewa duit baru ni kan...ia lebih RINGAN :)
Post a Comment