Klik Klik Klik =)

~iklan~ klik2

Klik jika Anda Suka =)

Tuesday, August 9, 2011

Duit Syiling Baru Malaysia (Siri Ketiga)



Gambar bahagian depan dan belakang duit syiling baru Malaysia
jom kenal duit syiling baru keluaran BNM

Keunikan Malaysia
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

Duit Syiling Peringatan

Sempena dengan pelancaran duit syiling Malaysia terbaharu, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan 500,000 set duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated - BU) terdiri dari semua denominasi duit syiling yang akan dijual kepada orang ramai secara berperingkat-peringkat.

Set duit syiling peringatan ini didatangkan dalam pakej khas pada harga RM10 setiap satu dan akan dijual mulai 26 Julai 2011 di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia dan Cawangan-Cawangan Bank Negara Malaysia di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. Sila klik pautan ini untuk mendapatkan alamat pejabat-pejabat tersebut.

Waktu operasi kaunter jualan :

Isnin-Jumaat :
9:00 pagi hingga 5:00 petang

Tidak beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Jom kenal syiling baru

50 sen
Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan

Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.


20 sen
Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

10 sen
Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

5 sen
Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Sumber: laman web Bank Negara Malaysia

Sunday, July 31, 2011

Selamat berpuasa kepada semua rakyat Malaysia dan umat islam di seluruh dunia


nantikan pengumuman puasa dari pakcik di atas ni ye (sejak dari dulu lagi pakcik ni yg kuar dekat TV, pemegang mohor besar raja-raja) selamat berpuasa ye

saya dengan gembira menyambut kehadiran puasa ramadhan tahun ini ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan, tingkatkan amalan, cari lailatul qadr

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Wednesday, July 20, 2011

Jom Teka Gol Chelsea VS Malaysia 21 Julai 2011


Lampard cakap "TERBAEKK<--versi BoBoiBoy"



Sempena perlawanan Chelsea VS Malaysia pada 21 Julai 2011 ini, jom kita teka berapakah skor gol dan siapakah yang menang perlawanan ini.

Blogger yang bertuah akan meneka dengan tepat akan mendapat "hadiah"satu entry review blog anda, saya akan post entry "berkenaan blog anda" dan secara tak langsung akan naikkan trafik blog anda, tak ada unsur judi atau taruhan, sekadar suka-suka :)

tulis ramalan anda dekat komen di bawah okay, jom teka :)

p/s : siapa tahu Harimau akan mengaum!! Aummmm~~
kalau ada masa anda juga boleh jawab pool (survey) di sebelah kanan blog saya, bawah nuffnang tu..tq :)

Resepi Kuih Jawa

ini gambarnya, nampak sedap kan??



mak aiii..sedapnyaaaa...


Assalamualaikum, hari ini aku nak berkongsi resepi kuih cucur jawa. Sebenarnya aku sangat suka kuih ni sebab rasanya yang lembut di tengah dan rangup di tepi. Jadi, dengan perasaan mengidam yang melampau, aku pun telah merequest kepada mama aku "Mama, adik teringinmakan kuih jawa la, mama tau buat dak? ". lalu mama menjawab "mama tak tahu buat la, try tanya ayah.."

aku berlari-lari mendapatkan ayah (Hiperbola skit, takkan la nak lari kan..haha) lalu bertanya "Ayah, tau buat kuih jawa tak? ayah kan terer bab2 masak ni", ayah pun menjawab "Ayah tau tapi tak pernah buat, ayah boleh agak2 ja apa resepinya".. aku pun ckp "Oohh..(dengan kecewa)"

pastu aku terus capai laptop aku dan search resepi ni dalam internet, haaaa inilah kemudahan dan kegunaan internet yang baik *smug*

search punya search akhirnya dapat lah

haaa ini resepinya: Aku copy paste dari forum mana ntah,

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 gula gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air panas
  • sedikit garam

Cara-cara

1. Gula merah dicairkan dengan 2 caw air panas

2. Tepung beras,tepung gandum,gula pasir dan garam dicampurkan dengan gula merah yang telah dicairkan (gaulkan sebati sehingga tidak berketul sewaktu air gula merah masih suam-suam.

3. Dibiarkan semalaman

4. Digoreng dengan minyak 2 senduk (kalu nak banyak guna senduk kecil/ kalu guna senduk besar kuantiti kuih yang dapat cikit jer ler)

5. Bancuhan tadi digoreng dengan menuangkannya sesenduk demi sesenduk untuk mendapatkan kuih yang bulat dan cantik seperti topi.

6. Menggoreng dengan minyak, api perlu sederhana, api jangan besar nanti kuih hangus. Bila minyak tadi susut jadi tambah minyaksedikit demi sedikit.

7. Toskan dan bolehlah dimakan.

haa itulah resepi kuih jawa yang aku cari, aku pun mencuba resep ini di dapur rumahku, (aku buat sendiri okay, tanpa bantuan mama ayah)


akhirnya, kuih aku TAK JADI hahahaahah..ntah, bukan jadi lembut di tengah, dia jadi rangup keseluruhan kuih tu, tapi kan, apa yang penting, adik aku suka dan asyik minta aku buat uih tu lagi, kepada semua pembaca, apa lagi?? anda try lah dan pastu bagitahu hasilnya okay =)


Komen sikit~~

Tuesday, July 19, 2011

Aira Arissa Bayi Comel



ini lah Aira Arissa Bt Aliff Harun, anak sedara saya, sangat2 berbangga dengan nya sebab kecik2 lagi dah menang peraduan bayi comel, Aira dapat tepat ke 3 daripada 100 penyertaan, kira ok la tu kan, kira comel juga la kan?? HAAAAAAAAA TGK LA UNCLENYA<<--sy lah tuu..hahaha




Ini gambar yang saya pertaruhkan dan mendapat tempat ke 3 pertandingan tu..tahniah3..uncle Asraf pun happy hehehehe

terima kasih kepada Halcent collection yang menanjurkan Pertandingan Bayi Comel ini

klik like Halcent Collection untuk maklumat lanjut