Klik Klik Klik =)

~iklan~ klik2

Klik jika Anda Suka =)

Wednesday, December 29, 2010

Zhifilia - Aishiteru




Assalamualaikum semua, dah makan ke belum?
hari ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua sebuah lagu yang sedap didengar (ntahla kalau korang dengar cmne kan..hehe)
bagi saya lagu ni sedap didengar dan lagu ni dikenalkan oleh mygirl NSA kepada saya. thanks a lot =)
jom dengar sama-sama

.::klik sini kalau nak dengar::.

nah liriknya pun ada di sini
enjoy ye kawan2


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
kupercayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
saat ku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
lupakan segala obsesi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

Tuesday, December 28, 2010

P Ramlee Goes Indie





Tunggu Sekejap


Tunggu sekejap wahai kasih
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku

Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas bercumbu dengan kau

( 1 )
Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh

( korus )
Jangan pula
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

( ulang dari 1 hingga akhir )


lagu asal P Ramlee dinyanyikan semula oleh Noh Hujan
layaannnnnn~~

nak dengar? klik di sini

Sunday, December 26, 2010

Perempuan MESTI baca




Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
sedarkah anda yang selalu bergambar depan cermin??
mungkinkah anda diperhatikan?

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman wanita anda


p/s: gambar hanya untuk gambarna sahaja...maaf kalau menyinggung sesiapa

Monday, December 20, 2010

Jom semak antivirus kita berfungsi atau tak.



Untuk memeriksa sekiranya anti-virus anda berfungsi dengan baik.

Copy kod di bawah di dalam notepad.

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

Kemudian save as fakevirus.exe atau eicar.com (kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama)

Sekiranya anti virus anda updated atau berfungsi, ia akan memberi amaran segera kepada anda dengan arahan tertentu atau terus didelete file itu. Bagi mereka menggunakan Avira Anti Virus, seperti saya, pc anda akan berbunyi dan ada arahan untuk anda memdeletenya. So my anti virus berfungsi.
Kalau tiada detection atau anti virus anda buat dek,bermakna anti virus anda tidak updated atau 'tidur'. Mula updated anti virus anda atau cari anti virus baru.

File eicar.com diwujudkan untuk keselamatan. Ia bukan virus. Ia adalah satu ujian standard yang dibangunkan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Semua produk anti-virus diprogram untuk mengesan file ini seperti kelihatan virus sebenar. Kerana itu, anda boleh dengan selamat mengujinya sama ada untuk menentukan anti virus anda berfungsi, tanpa bimbang ia akan menjangkiti komputer anda.

Sekiranya anti virus anda tidur dan file ini tidak didelete, anda usah risau, ia tidak akan merosakkan pc anda dan sekiranya mahu mendelete file ini. Anda boleh sama ada menggunakan cara manual, drag ke thrash bin atau open task manager (ctrl-alt-delete) dalam satu masa, click pada bahagian processes (sebelah application kat atas tu) kemudian cari program atas nama tadi (fakevirus.exe), click sekali (bold) pada program itu dan click end process kat bawah tu.Click ya untuk alihkan dari aktif atau dlm English (yes this should remove it from being active).


sumber artikel www.syok.org

Nikmat Malam Pertama


Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata.
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa.
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut.
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan. Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan..
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan..., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah... itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu... Dan tak seorangpun yang tahu....


sekadar renungan bersama =)

Saturday, December 18, 2010

The Ramlees - Itulah Sayang


The Ramlees (Yuna, Mira Tilu, Liyana Fizi & Najwa) – Itulah Sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra


Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra


lagu asal nyanyian seniman agung Tan Sri Dr P Ramlee kini telah diberi nafas baru dan dinyanyikan oleh artis-artis muda tanah air....

cubalah dengar...

pastu komen sikit ok =)


dengar di sini

Thursday, December 16, 2010

4D Movie memang terrrrrrrrrrrrRRRRbaik lahhhh!!!



Assalamualaikum, pernahkah anda menonton filem 3D???
pernah ye?....macam mana dengan 4D?
hahaha aku dah tengok movie 4Dimensi di Genting Highland...siyes bessttttt gilerrr!!!
aku tgk crita Hounted House tu....

berbaloi tunggu sejam untuk dapat tengok filem 10 minit nie...

anda akan rasakan yang anda di dalam filem itu...hahahah...sesapa yang pernah pergi boleh alami perasaan hebat ni!!!
hehehe

bila lah semua filem di dunia ni nak buat 4dimensi eh??
=)

.:: Fun At The Peak ::.






gambar sahaja menjelaskan segala-galanya
serius!! best dekat sana
3hari 2 malam yang akan diingati sampai bila2...=)
terima kasih sangat2 kepada kakak dan abg iparku yang sponsor semua2
p/s...nnt bawak lagi ok..hehe
*hugs and claps*

banyak gambar2 ada dalam kamera kakak...nnt akan menyusul ok...hehe


Friday, December 10, 2010

Meh la jenguk2 ok =)




saya pergi Kuala Lumpur beberapa hari nak makan kenduri...kawan2 blogger semua jenguk2 lah blog ni eh...klik2 nuffnang saya jugak ok...
bye =)

Wednesday, December 8, 2010

Idolaku Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Gabenor Bank Negara Malaysia Merangkul Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432H, Sekalung Tahniah Dari Saya


Zeti Aziz bergambar bersama KDYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin Yang Di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong. Turut kelihatan Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Razak



Assalamualaikum, seperti semua yang telah sedia maklum Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara Malaysia) telah merangkul anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432H, Tahniah saya ucapkan.. sesungguhnya kerja keras beliau sudah dihargai..

Pemilihan beliau yang menjawat jawatan itu sejak Mei 2000 berikutan sumbangan besar kepada sistem kewangan Islam yang kini bertapak kukuh di negara ini dan menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing, pelbagai, komprehensif dan inklusif.

Beliau yang menerima hadiah wang tunai RM100,000, plak, pingat dan sijil selaku penerima anugerah kali ke-21, menganggap anugerah itu dorongan untuk beliau terus menyumbang kepada negara.
Sementara itu, Ungku Aziz, yang juga penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1418H/1997, terharu dengan penganugerahan kepada anak tunggalnya itu.

“Saya rasa terharu kerana Zeti adalah wanita pertama yang menerima anugerah ini. Saya harap beliau akan menggunakan kepakarannya dalam bidang ekonomi dan kewangan, khususnya perbankan Islam, untuk membantu negara,” katanya yang pernah menerima anugerah itu 11 tahun lalu.


Kepada Tan Sri Zeti Aziz...dah dapat duit RM100000 tu bagi la dekat saya sikit...hehehehe...nak RM15000 je..boleh? haha...Tahniah sekali lagi, kejayaan beliau menjadikan semangat saya untuk belajar Economics semakin menebal =)


Monday, December 6, 2010

Mari kenal Belacan dan Paku..=)






Salam, saya mendengar cerita daripada kawan saya tentang Belacan dan Paku yang sangat terkenal di laman youtube.. apabila search di youtube dan melihat sendiri video mereka...waaahhhh...sangat2 mengagumkan....dua orang rakyat USA yang pernah tinggal di Malaysia selama dua tahun telah menghasilkan video2 bahasa melayu di laman youtube...

search saja kata kunci Belacan dan Paku dan nikmatilah video mereka...
mereka juga mempunyai laman blog di Belacan dan Paku
selamat berkenalan lah dengan mereka...sesungguhnya saya berbangga kerana rakyat asing berusaha mempelajari bahasa kita dengan baiknya...malulah rakyat Malaysia sendiri yang tak fasih...



renung2kan dan salam satu Malaysia =)

Lagu Tema Maal Hijrah





Assalamualaikum kawan-kawan,
Dalami erti bait-bait lirik ini....Salam Muharram 1432H kepada semua umat Islam di seluruh dunia




Lagu Tema Maal Hijrah

lirik 1 Muharram :

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


dengar lagu DISINI

Sunday, December 5, 2010

Wahai Lelaki

perempuan disuruh ajar memasak



lelaki apalah salahnya belajar menjadi imam


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



dipetik dari note Siti Zainab di facebook..

sekadar share untuk renungan bersama =)