Klik Klik Klik =)

~iklan~ klik2

Klik jika Anda Suka =)

Thursday, January 26, 2012

Lapan Cara Untuk Kelihatan Menonjol Di Mata Ramai (Tips untuk Peniaga/Businessman)



Ramai di antara kita yang menyangka bahawa kita harus mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup untuk kelihatan menonjol di mata orang ramai. Tetapi, melalui pengalaman saya, saya dapati bahawa perkara-perkara kecil yang kita lakukan secara berterusan itulah yang lebih penting. Saya ingin berkongsi dengan anda 8 cara yang saya dapati dapat membantu anda menonjolkan diri. Ada di antaranya merupakan pengalaman saya sendiri, dan ada juga yang saya nampak melalui pemerhatian saya kepada mereka yang saya kagumi dan hormati. Buatlah senarai anda sendiri dan bandingkan, tetapi tujuan utama latihan ini ialah untuk menggabungkan panduan-panduan ini dalam kehidupan seharian dan kunci kepada kejayaannya ialah dengan mengamalkannya.



1. Amalkan membuat susulan lanjut dengan segera. Ia kedengaran mudah, bukan? Mengikut pengalaman saya, dan menurut kajian, 67% daripada mereka yang terlibat dalam perniagaan tidak membuat susulan lanjut. Tahukah anda bahawa transaksi jualan tidak berlaku hinggalah selepas cubaan yang keenam, ketujuh dan kelapan? Hanya sedikit sahaja penjualan berjaya dilakukan selepas beberapa percubaan pertama. Walaupun begitu, hanya tiga peratus wakil penjual yang membuat susulan lanjut lebih daripada dua kali. Tidak kira apa sahaja jenis perniagaan yang anda lakukan, jika ia melibatkan jual beli, menandatangani kontrak, atau perhubungan awam, cara terbaik untuk menonjolkan diri ialah dengan membuat susulan lanjut dengan segera, mengikuti perkembangan, tekun dan bersemangat juang. Jangan putus asa jika cadangan anda ditolak, teruskan membuat susulan! Seseorang pernah berkata, “perkataan ‘tidak’ hanyalah suatu permohonan untuk mendapatkan maklumat!”

2. Meluangkan masa untuk membalas panggilan mereka yang meninggalkan pesanan untuk anda juga penting. Ini menunjukkan adab sopan yang baik. Cuba ingat, berapa banyak kali kita telah mengabaikan e-mel atau pesanan di peti simpanan suara kecuali kita tahu dengan tepat mengapa mereka menghubungi kita. Walaupun kita tahu apa yang mereka mahu, kita masih lagi gagal memberikan respon yang sepatutnya. Ini bukan sahaja dianggap sebagai kurang sopan, tetapi juga tidak baik untuk perniagaan. Berapa banyakkah perhubungan yang kita lepaskan hanya kerana kita tidak membalas panggilan atau pesanan? Mereka yang menonjol di mata ramai ialah mereka yang meluangkan masa untuk memberi respon.

3. Apabila anda bercakap dengan orang lain, beri mereka 100% perhatian. Tidak ada yang lebih menyakitkan hati daripada mereka yang mempunyai agenda mereka sendiri dan hanya menunggu masa untuk menyampuk dan menyampaikan maksud mereka atau mengubah topik perbualan kepada diri mereka sendiri. Perbaikilah kemahiran mendengar anda. Kebanyakan orang bukannya pendengar yang baik. Saya dapati bahawa anda dapat lebih faedah dengan menjadi pendengar yang baik daripada menjadi jurucakap yang baik. Tunjukkan minat terhadap orang lain dan pendapat mereka. Anjurkan soalan-soalan terbuka. Dale Carnegie pernah berkata, “Untuk menjadi seorang yang menarik di mata orang lain, anda hendaklah terlebih dahulu menunjukkan minat terhadap mereka.” Itulah kata-kata bernas daripada seorang yang bijak dan matang.

4. Amalkan menghantar nota atau kad bertulis tangan kepada seseorang yang telah membuat pesanan, memberi rujukan, atau mereka yang melayan anda dengan baik dan bersopan dan mereka yang telah membantu anda. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, tetapi sungguh bermakna kepada penerimanya, terutamanya di zaman e-mel dan pesanan ringkas seperti hari ini. Saya tidak tahu mengenai anda, tetapi saya begitu menghargai apabila seseorang meluangkan masa dan tenaga untuk menulis surat atau kad kepada saya, melekatkan setem dan menulis nama saya di atas sampul surat. Ianya sangat peribadi bagi saya, dan membuatkan saya berasa bahawa saya bukanlah hanya satu nama daripada senarai pelanggan. Mungkin saya hanya memperbesar-besarkan perkara ini, tetapi daripada respon yang saya terima daripada orang lain, mereka juga menghargainya.

5. Orang menjangkakan sesuatu yang boleh dijangkakan daripada anda. Mengapa tidak membuat sesuatu yang tidak dijangka? Adakah anda menghargai mereka yang atas sebab-sebab tertentu tidak membuat pesanan, tidak memberikan anda kontrak atau tidak membeli dari anda? Ingat, bukankah mereka telah membenarkan anda membuat pembentangan? Adakah anda menghargai mereka yang menolak permohonan anda, tetapi sekurang-kurangnya memberi peluang kepada anda menduduki temuduga? Kebanyakan dari kita tidak ada masa atau disiplin untuk melakukannya. Anda mungkin kehilangan jualan, jawatan atau kontrak, tetapi ia tidak bermakna ada tidak berpeluang untuk selama-lamanya. Jangan putus asa, fikirkan jangka panjang, fikirkan tentang perhubungan yang mungkin anda bina, dan rangkaian yang anda bina untuk masa depan. Jangan hanya fikirkan mengenai kerugian ataupun ego anda sahaja!

6. Jika anda menjadi ahli sesebuah persatuan atau kumpulan sama ada kumpulan perseorangan atau profesional, termasuklah kumpulan keagamaan, libatkan diri anda dengan aktif. Jangan libatkan diri kerana anda inginkan pulangan untuk diri sendiri, tetapi buatlah kerana anda mahu menyumbang. Orang akan menghormati dan menghargai anda, dan mereka akan memandang dan melayan anda dengan baik. Anda juga akan merasa puas hati kerana dapat melibatkan diri dan menyumbang kepada sesuatu yang anda percaya. Dan dalam proses ini, ada dapat belajar menjadi seorang ketua, dan bukan sekadar ahli biasa.

7. Luangkan sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk perkembangan diri dan profesional anda. Anda boleh mengambil satu jam sekaligus, atau pecahkannya kepada beberapa segmen mengikut keperluan dan jadual anda. Gunakan waktu itu untuk membaca buku, contohnya autobiografi seseorang tokoh yang anda kagumi ataupun buku perniagaan, dengar kaset yang mengandungi kata-kata hikmat daripada pakar di dalam bidang tertentu di mana anda mahu perbaiki, baca ruangan di Internet yang mengandungi kata-kata hikmat atau cara-cara untuk memotivasi diri anda atau yang memberi inspirasi dan cabaran kepada anda. Luangkanlah sedikit masa dari jadual anda yang ketat kerana perkara ini sangat penting bagi perkembangan diri anda. Selama beberapa tahun semasa saya membesar di England, apa yang saya baca hanyalah ruangan sukan di akhbar. Sungguh membuang masa. Saya menyesal kerana tidak menggunakan waktu itu untuk memperbaiki diri saya. Saya tidak bermaksud bahawa anda tidak harus membaca ruangan sukan atau membaca buku fiksyen yang bagus atau apa sahaja yang menjadi kegemaran anda. Kita semua perlu meluangkan masa untuk diri sendiri, tetapi kita juga hendaklah membuka mata dan fikiran kita kepada idea-idea baru dan bidang-bidang yang boleh membantu memperbaiki diri. Jangan anggap pendidikan itu sebagai membuang masa, tetapi anggaplah ia sebagai pelaburan dalam bentuk masa. Ilmu pengetahuan ialah harta yang sangat bernilai apabila diamalkan dengan betul. Jangan berhenti belajar sesuatu yang baru.

8. Buat satu perkara baru setiap hari. Ambil peluang membuat sesuatu yang sentiasa ingin anda lakukan. Jangan takut pada penolakan, atau orang lain berkata tidak kepada anda, dan pada kegagalan. Mereka yang menonjol di mata ramai adalah mereka yang bersedia mengambil risiko. Saya tidak bermaksud menyuruh anda membuat sesuatu yang radikal atau membuta-tuli, tetapi anda boleh mengambil risiko dengan munasabah. Kita semua mempunyai pilihan dan keputusan untuk dibuat setiap hari. Kita semua tahu apa yang hendak kita buat dan apa yang kita perlu buat. Ambil sedikit risiko, buat sesuatu yang lain daripada yang lain dan jadikan impian anda satu kenyataan. Semasa saya bekerja sebagai jurujual profesional, ketua saya sering berkata selepas setiap mesyuarat: “Adakah anda mahu mengambil jalan selamat dan menjadi seorang jurujual yang baik, atau adakah anda mahu mengambil peluang dan risiko yang ada dan menjadi seorang jurujual yang hebat.”

sumber


Contohi lah kisah Saadom dalam perniagaan dalam cerita Papadom arahan Afdlin Shauki, banyak pengajarannya

Monday, January 23, 2012

Bagaimana memulakan perniagaan?




Assalamualaikum, kita selalu dengar orang berniaga sana sini dan mendapat banyak keuntungan berdasarkan perniagaan yang diceburi. Hari ini saya nak berkongsi tip untuk memulakan perniagaan. Kepada semua pembaca yang baru nak memulakan langkah, sila-sila lah baca untuk panduan bersama :-

1) Tahu apa nak jual

Sebelum kita nak jual, kita kena tahu barang apa nak jual, adaah barang yang kita buat sendiri atau barang yang kita beli dan kita cuma pengedar sahaja? segalanya kita perlu tentukan dulu. Tak kisahlah kalau barang yang kita nak jual tu bukan kita sendiri yang buat sebab kita sebagai Usahawan seharusnya merebut peluang untuk memulakan perniagaan kan? okay, selepas dah pilih sama ada barang buat sendiri atau nak jadi dealer je, kita mesti tahu jenis barang tu, contohnya barang yang menjadi "hot item" sekarang ni ada lah basikal Fixie, novel-novel tempatan, gajet-gajet canggih seperti telefon bimbit dan juga Ipad. Sebenarnya, sedar atau tak, ada 2 jenis barang yang boleh dijual, sama ada "barang hot item" atau barang yang "sentiasa hot". Apa barang sentiasa hot ni ye? maksudnya barang2 yang mendapat sambuta secara berterusan la. Contohnya: barangan makanan, Barangan Bayi, barangan spare part kereta dan motorsikal. Ok, dah siap tips satu jom kita pergi tips nombor 2

2) Dapatkan modal

Modal? ini masalah yang utama sekali dihadapi oleh semua usahawan dan peniaga-peniaga di luar sana tu. bagaimana mendapatkan modal? mudah sahaja, sebenarnya terdapat banyak agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang menawarkan skim pinjaman mikro bagi peniaga-peniaga kecil yang nak mulakan perniagaan. Antaranya adalah TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Rakyat, Bank Pertanian, dan juga bank-bank yang lain. Apa yang anda perlu baut hanyalah bertanya sahaja dan isi borang. InsyaAllah mereka akan cuba membantu.
Sumber kedua yang anda boleh harapkan adalah simpanan anda sendiri dan juga sumbangan daripada keluarga, jika niat baik InsyaALLAH akan dipermudahkan.

3) Daftarkan syarikat

Daftar syarikat? perlu ke? aku jual belacan je kot? Haaahhh!!!!! anda silap, sebanarnya pendaftaran syarikat atau perniagaan adalah sangat penting, biarlah jual belacan ke, jual donut je ke, jual kuih muih je ke..semua perlu berdaftar. kenapa? sebab apabila anda berdaftar untuk berniaga, segala urusan akan memjadi lebih mudah, pinjaman bank akan lebih mudah, pelanggan akan lebih percaya, lebih mudah memasarkan produk di bawah satu nama syarikat dan mempunyai identiti sendiri.
kat mana nak daftar? boleh terus pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhampiran anda. Kemudian daftarkan nama syarikat anda, yang paling basic adalah ENTERPRISE. Ini pun dah cukup baik sebagai permulaan, yurannya tak mahal, rasanya RM40 sahaja setahun. Jom serbu SSM sekarang juga.

4) Strategi pemasaran produk

Selepas anda dah daftarkan syarikat anda, teruskan dengan pemasaran produk anda. Dunia sudah berubah, segalanya di hujung jari. Pastikan anda mempromosikan barang anda di alam maya memnggunakan apa-apa medium contohnya Facebook, Blogspot, Twiter dan juga Youtube. Kita jalan serentak, online dan juga offline. InsyaAllah boleh berjaya.. Apa? tak pandai nak buat strategi pemasaran guna online? upah la orang yang tahu, tak susah nak buat facebook page untuk perniagaan. Mesti ramai yang boleh bantu :)



5) Jangan putus asa

Ini yang paling penting, asam garam dalam perniagaan, ada kalanya kita untung, ada kalanya kita rugi, bila untung jangan lupa diri, sebaliknya cuba untuk membantu orang lain dengan membayar zakat perniagaan dan juga banyakkan sedekah. apa bila kita rugi pula janganlah sesekali putus asa dengan rahmat Allah. InsyaAllah sesungguhnya setiap apa yang kita usaha akan dibalas setimpal dengan usaha, kalau rasa tak puas hati, cuba lagi :)


jom tengok dan like page Facebook Business keluarga saya di MZ ISMA Enterprise (klik link)



Celcom Customer Service (An Appreciation Blog Post)

Pic: the real Facebook page of Celcom Customer Services, dont believe others okay :)

Assalamualaikum to all readers, today i would like to share with all of you about facebook page of Celcom Customer Services (click link to go for their facebook page).
i think this is a very good and fast customer service, i have 2 problems that being voice through this page and i am very appreciate of their immediate response.
here a some printscreen of my problem and after i post this problem to Celcom Customer Services, not even a minute i got a call from Celcom and they said that they are sending me the Setting now..


my problem solved just in 2 minutes, its very good since i dont have to go to Celcom Centre for a problem report. Happy Chinese New Year to all Celcom user and Celcom Staff all over the country.

If you have problem, do visit their page , im very sure they will help you.




to Celcom: Yes, you make my day!

Thursday, January 19, 2012

Masih ada yang sayang, Terima Kasih Saljuhumairah


Assalamualaikum, dah lama tak singgah di dashboard ni, nasib baik dah set "remember password" kalau tak alamatnya memang tak boleh buka dah la blogspot ni. Haaa ini la yang berlaku kepada blogger "suam-suam kuku" atau "blogger baru belajar" atau boleh juga "blogger hidup segan mati tak mahu".
Alhamdulillah dalam KEMALASAN saya untuk update blog, rupa-rupanya masih ada yang sayang.. saudara Hisham dari Saljuhumairah baru-baru ni ada menegur saya mengenai blog saya.. jom ikuti perbualan kami di facebook :







Beliau sebagai seorang blogger yang senior dan banyak pengalaman menyarankan blog saya ni untuk fokus kepada bidang kewangan, ya, idea yang sangat bernas Abg Syam, insyaAllah dengan nasihat daripada Abg Syam dapat menaikkan semangat saya untuk terus menulis.

p/s: untuk pengetahuan semua, Abg Syam merupakan pekerja contoh UiTM Kelantan tu, baru- baru ni dapat anugerah, sekalung tahniah daripada saya :)