Klik Klik Klik =)

~iklan~ klik2

Klik jika Anda Suka =)

Monday, March 14, 2011

Peluang Bersama Ally Iskandar



Program Pesona Inspirasi
nak jadi peserta sila sms Acap

sms Nama, No KP, No Matrik dan No Telefon..
duit boleh byr terus dekat Acap
cepat2 tempat terhad =)

Thursday, March 10, 2011

Semangat Mat Jenin


Assalamualaikum, tentu pernah dengar tentang mat jenin kan? seorang yang suka berangan-angan.. ramai yang menganggap beliau seorang yang tidak berusaha tetapi angan-angan ja lebih...mungkin ada betulnya, tapi mungkin ada juga salahnya..
ini kerana, bagi saya setiap cita-cita bermula dengan angan-angan... kalau kita berangan nak jadi kaya, so kita akan cuba sedaya upaya untuk mencapai cita-cita tersebut... jadi terbuktilah bahawa angan-angan adalah pendorong kepada seseorang untuk menjadi lebih baik...
angan-angan yang disertakan dengan usaha tambah tawakal insyaAllah berjaya =)

hayati sajak ini

SEMANGAT MAT JENIN

Sesekali kita perlu menjadi Mat Jenin
punya angan dan impian tinggi
yang mampu dicapai tangan
asalkan usaha seiringan
bukan mengejar bayang
dalam mimpi kelam.

Siapakah kita tanpa angan dan impian
bermula angan timbul impian
impian menerbitkan keinginan
dari keinginan timbulnya cita
dan usaha digandakan jua
bukan hanya berteman leka
dalam mimpi-mimpi jera.

Semangat Mat Jenin maju ke depan
mencongak mengira menghitung
mencongak usaha dikembang sambung
satu persatu menjadi untung.

Mat Jenin menitipkan pesan:
Kejayaan perlu bermula dengan angan
dan dalam angan usah terleka
kerana leka membantut usaha
kerana leka mengundang bala.

Kepada siapakah Mat Jenin bercerita
tentang angan dan impiannya
dalam impian terlepas tangan
dari usaha yang di genggaman?

Jadi, pasanglah angan-angan anda hari ini untuk kejayaan masa hadapan =)

Friday, March 4, 2011

My Alma Matter










entah kenapa tiba-tiba terkenang zaman sekolah dulu-dulu



tengok2 gambar nostalgia dalam laptop
terjumpalah gambar2 nie


~college song skali~

Strong loyalty we give our king
Firm friendship we would like to bring
We march along with strength and will
To help our country win
We aim for truth and courage
For virtues and for values
We're girls and boys of College
Good Collegians are we

K.S.A.H Alma mater
K.S.A.H young Collegians all

The problems of the world we face
Seem very small like earth in space
The rainbow of the sky we chase
A great and worthy race
We pupils here are happy
We're cheerful with no worries
For aren't we young Collegians
We are and proud to be

K.S.A.H Alma mater
K.S.A.H young Collegians all



mood: rindu nasi ikan keli + kerang kat kolej...hahahahaa



Thursday, March 3, 2011

Pengalaman tidak boleh dibeli, anda harus melaluinya =)

Assalamualaikum kepada semua blogger dan pembaca, hari ni aku nk berkongsi pengalaman sepanjang aku menjadi seorang mahasiswa di Universiti Teknologi Mara UiTM. Semua orang tahu yang "peluang keemasan datang hanya sekali".

Tapi dalam cerita hidupku, mungkin perkara ini tidak betul, ini kerana aku nk ceritakan pengalamanku menceburi atau mengambil bahagian dalam Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar JPP UiTM.
sebelum ini aku dipilih untuk mewakili Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Kedah,
aku pun telah pergi kursus Bakal Calon MPP yang telah diadakan di Felda Trolak ,Perak.
Sepanjang kursus, memang best gilerr~~ layanan dan pengisian program juga sangat best...paling best kerana dapat berkenalan dengan calon MPP dari UiTM Perak, Perlis, Pulau Pinang dan juga dari Kedah.
Tetapi, perjuanganku terhenti apabila aku mendapat tawaran Program Penerapan Diploma Semester 3 Ke Ijazah Sarjana Muda, aku memilih untuk meninggalkan UiTM Kedah dan meneruskan pelajaran di UiTM Kelantan. Aku tidak sempat bertanding pilihanraya kampus di UiTM Kedah kerana menerima tawaran Program Penerapan tersebut.

Akan tetapi, Peluang Keemasan mungkin telah muncul buat kali kedua apabila aku turut tercalon MPP UiTM Kelantan pada pilihanraya kampus baru2 ini.
Aku terima peluang keemasan kedua ini dengan hati terbuka. Namun keputusannya aku tewas di pilihanraya tersebut. Aku okay dengan keputusan tersebut memandangkan legasiku di UiTM Kelantan mungkin belum tersebar luas. apa2 pun aku berpuas hati dengan penglibatanku dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang masih menyokong dan mengundiku pada pilihanraya tersebut. Pengalaman bertanding sudah cukup untuk aku kenang dan amik pelajaran darinya..di bawah ni ada sedikit gambar sepanjang penglibatanku dalam dunia pemilihan MPP di UiTM ..hehe

Semasa Kursus Calon MPP UiTM Zon Utara


Ahli kumpulanku gabungan 4 UiTM, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang


bergambar kenangan di Felda Trolak
Posterku semasa pilihanraya kampus UiTM Kelantan


Poster berwarna juga menghiasi UiTM Kelantan..hahaahaha


Akhir kata daripadaku,
beranilah mencuba sesuatu yang baru sekiranya ia membawa kebaikan kepada anda =)
pengalaman adalah suatu benda yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.
rebutlah ia selagi ada


ucapan tahniah juga kepada MPP yang telah menang, selamat menjalankan tugas

Wednesday, March 2, 2011

Pertandingan Ilham Inspirasi Anjuran UiTM Kelantan, Terbuka Kepada Semua IPTA/IPTS Seluruh Malaysia



Ilham Inspirasi merupakan satu pertandingan yang dibuka untuk semua pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh Malaysia.

Tajuk Penyertaan adalah berkenaan

"1Malaysia Membanteras Gejala Sosial"


Antara hadiah-hadiah menarik menanti anda.

1 Percutian 3 hari 2 mlm
2 i-pod,
3 Jam Swatch
4 Kamera Digital
5 Voucher

(Pihak penganjur berhak menukar hadiah bila2 masa dengan hadiah yang senilai dengannya )

Pertandingan yang mengupas isu semasa mengenai keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
Pertandingan ini akan menggunakan Facebook serta Youtube sebagai medium untuk menjalankan pertandingan.

Kategori Pertandingan

1) Penulisan Sajak (Facebook)
2) Montaj (Youtube)
3) Penulisan Artikel (Facebook)
4) Poster (Facebook)

Bagi penyertaan yang melibatkan Facebook dan Youtube, penilaian pemenang akan dinilai melalui 60% jumlah "like" pada sajak,montaj, artikel dan poster, selebih 40% akan dinilai oleh juri yang telah dilantik oleh pihak UITM Kelantan.

Tarikh tutup pertandingan:

AWAL BULAN APRIL (Tarikh Akan Diberitahu Kemudian)


Untuk Penyertaan dan Pertanyaan, sila emelkan penyertaan anda ke emel:

kelab_inspirasi@yahoo.com

dengan Subject emel "Peraduan Ilham Inspirasi Kategori sajak,montaj, artikel atau poster"

sila sertakan maklumat peribadi anda
(Nama, Institut Pengajian, No Telefon)

SILA BERITAHU DI PAGE Facebook "Ilham Inspirasi UiTM Anjuran Kelantan" BILA ANDA SUDAH MENGHANTAR EMEL=)

untuk maklumat lanjut, LIKE ilham Inspirasi Anjuran UiTM Kelantan Di Facebook!!!

Sebarkan Maklumat kepada yang berbakat!!! Peluang mendapat hadiah menarik menanti anda!!

Tuesday, March 1, 2011

Surat dari anak mak yang dah tak nakal



Friday, October 23, 2009

Mak.....
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih......


Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....


mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.......
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.......


pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...


Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..


paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi....

ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm....bahagiaa nya saat ituu..


Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....

mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..


Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..


Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....


Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospita
ldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer...
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....


Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi..
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak......
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....


Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau.....
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn


Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini......
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....


Mak......
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?


Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....


Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la......
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kiter baca yassin untuk mak...

mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....


Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....


Mak tauu.....
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak..
boleh kata setiap malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata..
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ......
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...


Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata...." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....


Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....


Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu.....
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..



Sekadar renungan bersama =)