Klik Klik Klik =)

~iklan~ klik2

Klik jika Anda Suka =)

Monday, January 23, 2012

Bagaimana memulakan perniagaan?




Assalamualaikum, kita selalu dengar orang berniaga sana sini dan mendapat banyak keuntungan berdasarkan perniagaan yang diceburi. Hari ini saya nak berkongsi tip untuk memulakan perniagaan. Kepada semua pembaca yang baru nak memulakan langkah, sila-sila lah baca untuk panduan bersama :-

1) Tahu apa nak jual

Sebelum kita nak jual, kita kena tahu barang apa nak jual, adaah barang yang kita buat sendiri atau barang yang kita beli dan kita cuma pengedar sahaja? segalanya kita perlu tentukan dulu. Tak kisahlah kalau barang yang kita nak jual tu bukan kita sendiri yang buat sebab kita sebagai Usahawan seharusnya merebut peluang untuk memulakan perniagaan kan? okay, selepas dah pilih sama ada barang buat sendiri atau nak jadi dealer je, kita mesti tahu jenis barang tu, contohnya barang yang menjadi "hot item" sekarang ni ada lah basikal Fixie, novel-novel tempatan, gajet-gajet canggih seperti telefon bimbit dan juga Ipad. Sebenarnya, sedar atau tak, ada 2 jenis barang yang boleh dijual, sama ada "barang hot item" atau barang yang "sentiasa hot". Apa barang sentiasa hot ni ye? maksudnya barang2 yang mendapat sambuta secara berterusan la. Contohnya: barangan makanan, Barangan Bayi, barangan spare part kereta dan motorsikal. Ok, dah siap tips satu jom kita pergi tips nombor 2

2) Dapatkan modal

Modal? ini masalah yang utama sekali dihadapi oleh semua usahawan dan peniaga-peniaga di luar sana tu. bagaimana mendapatkan modal? mudah sahaja, sebenarnya terdapat banyak agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang menawarkan skim pinjaman mikro bagi peniaga-peniaga kecil yang nak mulakan perniagaan. Antaranya adalah TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Rakyat, Bank Pertanian, dan juga bank-bank yang lain. Apa yang anda perlu baut hanyalah bertanya sahaja dan isi borang. InsyaAllah mereka akan cuba membantu.
Sumber kedua yang anda boleh harapkan adalah simpanan anda sendiri dan juga sumbangan daripada keluarga, jika niat baik InsyaALLAH akan dipermudahkan.

3) Daftarkan syarikat

Daftar syarikat? perlu ke? aku jual belacan je kot? Haaahhh!!!!! anda silap, sebanarnya pendaftaran syarikat atau perniagaan adalah sangat penting, biarlah jual belacan ke, jual donut je ke, jual kuih muih je ke..semua perlu berdaftar. kenapa? sebab apabila anda berdaftar untuk berniaga, segala urusan akan memjadi lebih mudah, pinjaman bank akan lebih mudah, pelanggan akan lebih percaya, lebih mudah memasarkan produk di bawah satu nama syarikat dan mempunyai identiti sendiri.
kat mana nak daftar? boleh terus pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhampiran anda. Kemudian daftarkan nama syarikat anda, yang paling basic adalah ENTERPRISE. Ini pun dah cukup baik sebagai permulaan, yurannya tak mahal, rasanya RM40 sahaja setahun. Jom serbu SSM sekarang juga.

4) Strategi pemasaran produk

Selepas anda dah daftarkan syarikat anda, teruskan dengan pemasaran produk anda. Dunia sudah berubah, segalanya di hujung jari. Pastikan anda mempromosikan barang anda di alam maya memnggunakan apa-apa medium contohnya Facebook, Blogspot, Twiter dan juga Youtube. Kita jalan serentak, online dan juga offline. InsyaAllah boleh berjaya.. Apa? tak pandai nak buat strategi pemasaran guna online? upah la orang yang tahu, tak susah nak buat facebook page untuk perniagaan. Mesti ramai yang boleh bantu :)



5) Jangan putus asa

Ini yang paling penting, asam garam dalam perniagaan, ada kalanya kita untung, ada kalanya kita rugi, bila untung jangan lupa diri, sebaliknya cuba untuk membantu orang lain dengan membayar zakat perniagaan dan juga banyakkan sedekah. apa bila kita rugi pula janganlah sesekali putus asa dengan rahmat Allah. InsyaAllah sesungguhnya setiap apa yang kita usaha akan dibalas setimpal dengan usaha, kalau rasa tak puas hati, cuba lagi :)


jom tengok dan like page Facebook Business keluarga saya di MZ ISMA Enterprise (klik link)



2 comments:

saljuhumairah said...

Terbaik!

Teruskan berkongsi... untuk manfaat semua...

Demo minat, suka pasal wang. Duit lama. Ada info tentang duit...

So, kongsikan benda tu.. ramai yang tak tahu dan ingin tahu...

kongsikan secara santai...cara berbual. cara berinteraksi dengan orang...sama macam tulis research...

buat tanpa henti dalam 50 artikel pasal duit... pasti lepas tu akan dapat tune dan cara sendiri menulis...

lepas tulis, share di facebook..



semuanya maklumat tu kita tahu dan kongsikan kepad orang ramai...

Buat tanpa mengharap apa-apa... buat sebab minat...dan untuk bacaan anak cucu nanti...

farsa fira said...

Saljuhumairah

ya terima kasih atas sokongan, dah lama tak buka blog ni.. saja buka tengok balik hehehe...