Klik Klik Klik =)

~iklan~ klik2

Klik jika Anda Suka =)

Sunday, July 31, 2011

Selamat berpuasa kepada semua rakyat Malaysia dan umat islam di seluruh dunia


nantikan pengumuman puasa dari pakcik di atas ni ye (sejak dari dulu lagi pakcik ni yg kuar dekat TV, pemegang mohor besar raja-raja) selamat berpuasa ye

saya dengan gembira menyambut kehadiran puasa ramadhan tahun ini ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan, tingkatkan amalan, cari lailatul qadr

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Wednesday, July 20, 2011

Jom Teka Gol Chelsea VS Malaysia 21 Julai 2011


Lampard cakap "TERBAEKK<--versi BoBoiBoy"



Sempena perlawanan Chelsea VS Malaysia pada 21 Julai 2011 ini, jom kita teka berapakah skor gol dan siapakah yang menang perlawanan ini.

Blogger yang bertuah akan meneka dengan tepat akan mendapat "hadiah"satu entry review blog anda, saya akan post entry "berkenaan blog anda" dan secara tak langsung akan naikkan trafik blog anda, tak ada unsur judi atau taruhan, sekadar suka-suka :)

tulis ramalan anda dekat komen di bawah okay, jom teka :)

p/s : siapa tahu Harimau akan mengaum!! Aummmm~~
kalau ada masa anda juga boleh jawab pool (survey) di sebelah kanan blog saya, bawah nuffnang tu..tq :)

Resepi Kuih Jawa

ini gambarnya, nampak sedap kan??



mak aiii..sedapnyaaaa...


Assalamualaikum, hari ini aku nak berkongsi resepi kuih cucur jawa. Sebenarnya aku sangat suka kuih ni sebab rasanya yang lembut di tengah dan rangup di tepi. Jadi, dengan perasaan mengidam yang melampau, aku pun telah merequest kepada mama aku "Mama, adik teringinmakan kuih jawa la, mama tau buat dak? ". lalu mama menjawab "mama tak tahu buat la, try tanya ayah.."

aku berlari-lari mendapatkan ayah (Hiperbola skit, takkan la nak lari kan..haha) lalu bertanya "Ayah, tau buat kuih jawa tak? ayah kan terer bab2 masak ni", ayah pun menjawab "Ayah tau tapi tak pernah buat, ayah boleh agak2 ja apa resepinya".. aku pun ckp "Oohh..(dengan kecewa)"

pastu aku terus capai laptop aku dan search resepi ni dalam internet, haaaa inilah kemudahan dan kegunaan internet yang baik *smug*

search punya search akhirnya dapat lah

haaa ini resepinya: Aku copy paste dari forum mana ntah,

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 gula gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air panas
  • sedikit garam

Cara-cara

1. Gula merah dicairkan dengan 2 caw air panas

2. Tepung beras,tepung gandum,gula pasir dan garam dicampurkan dengan gula merah yang telah dicairkan (gaulkan sebati sehingga tidak berketul sewaktu air gula merah masih suam-suam.

3. Dibiarkan semalaman

4. Digoreng dengan minyak 2 senduk (kalu nak banyak guna senduk kecil/ kalu guna senduk besar kuantiti kuih yang dapat cikit jer ler)

5. Bancuhan tadi digoreng dengan menuangkannya sesenduk demi sesenduk untuk mendapatkan kuih yang bulat dan cantik seperti topi.

6. Menggoreng dengan minyak, api perlu sederhana, api jangan besar nanti kuih hangus. Bila minyak tadi susut jadi tambah minyaksedikit demi sedikit.

7. Toskan dan bolehlah dimakan.

haa itulah resepi kuih jawa yang aku cari, aku pun mencuba resep ini di dapur rumahku, (aku buat sendiri okay, tanpa bantuan mama ayah)


akhirnya, kuih aku TAK JADI hahahaahah..ntah, bukan jadi lembut di tengah, dia jadi rangup keseluruhan kuih tu, tapi kan, apa yang penting, adik aku suka dan asyik minta aku buat uih tu lagi, kepada semua pembaca, apa lagi?? anda try lah dan pastu bagitahu hasilnya okay =)


Komen sikit~~

Tuesday, July 19, 2011

Aira Arissa Bayi Comel



ini lah Aira Arissa Bt Aliff Harun, anak sedara saya, sangat2 berbangga dengan nya sebab kecik2 lagi dah menang peraduan bayi comel, Aira dapat tepat ke 3 daripada 100 penyertaan, kira ok la tu kan, kira comel juga la kan?? HAAAAAAAAA TGK LA UNCLENYA<<--sy lah tuu..hahaha




Ini gambar yang saya pertaruhkan dan mendapat tempat ke 3 pertandingan tu..tahniah3..uncle Asraf pun happy hehehehe

terima kasih kepada Halcent collection yang menanjurkan Pertandingan Bayi Comel ini

klik like Halcent Collection untuk maklumat lanjut

CPM Nuffnang




sila baca dengan nada syair okay


tersebut lah kisah~
sebuah blog yang buruk~
post entry sekali sekala~
namun pun begitu~~
dia tetap pelik~~
kenapa dia belum dapat Buffered Earning~~
dia pun kalot2~~
hantar tiket~~
kepada nuffnang~~

rupa-rupanyaa~~~
dah lama dia dapat~~
hanya dia yang tak tahu~~
CPM tu Buffered earning~~



HAHAHAHHAA hancus SYAIR ni


sebenarnya CPM tu BE...baru la aku tahu..haha betapa jahilnya aku seorang blogger di luar pagar..tunggu jela earning yang bakal naik nanti ni..HAHHAHAA kan best kalau duit banyak maca gambar dekat atas tuu

saya blogger di luar pagar ambil galah tolong jolokkan,
saya blogger baru belajar, wahai yang lain..tolong tunjukkan..hahaha


zassss~~

Tuesday, July 12, 2011

Digi WWWOW Awards 2011 - IniAnwarHadi

Salam kepada semua..semoga semua sihat-sihat okay.. aku memang pemalas update blog, buat blog ni pun saja-saja ja..haha tapi sekarang ni nak update sebab IniAnwarHadi... hahaha apa pasal la aku kalut sangat dengan IniAnwarHadi ni??? Biaq la dia nak buat apa pun, nak menang ka, nak buat video ka....YA...memang laa...tapi aku suka dan tumpang gembira sebab beliau adalah kawan aku sejak dari sekolah menengah lagi... so aku kenal dia dan tahu perangai dia..so dia memang deserve la... beliau memenangi Digi WWWOW Awards dalam 3 kategori daripada 5 kategori yang dipercalonkan namanya...


apa yang beliau menang ialah

1 Must Follow Personality Awards

2 Video of The Year Awards -Eewww

3 Blogger of The Year


Tahniah ar anuat hadi~~~aku tumpang gumbira dan berbangga mempunyai kawan macam hang...agagagaga....
duoekkkkkkkkkkk!!!


ini gambar kami masa bersekolah dulu

layan~~~




Anwar Hadi, you make Collegians proud of you



kelas 5 Omega 2007


All handsome boys~


ni time form 3 kot..kalau tak salah laa


time form 2, p bengkel Science



form 5 Omega 2007 , cikgu Azizan Form Teacher


Alma Matter is proud of you Noor Anwar Hadi



Thanks DIGI


Wednesday, July 6, 2011

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA - LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR KUALA LUMPUR


Seluruh Pelajar UiTM

LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011


Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universiti dilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605.

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) -

A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outside Malaysia, other than-

(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or

(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)-

“An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-

(a) any political party, whether in or outside Malaysia;

(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or

(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution”.

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)-

“No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-

(a) any political party, whether in or outside Malaysia;

(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or

(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan -

“Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong , negara , Kerajaan dan badan berkanun”.

Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan

“Seseorang pegawai tidak boleh –

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun.”

Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa.


Sekian dimaklumkan.

DATO’ PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc
Naib Canselor




INI ADALAH SALINAN SURAT YANG DI EMEL OLEH PIHAK HEP KEPADA SAYA

Sunday, July 3, 2011

Bantal Kekabu Asli Produk Bumiputera MZ ISMA Enterprise


Bantal-bantal kekabu yang telah disiapkan mengikut tempahan



Bantal peluk saiz standard

42inci x 15inci


kekabu asli 100%

gambar untuk bezakan saiz bantal peluk dgn bantal tidur


harga
bantal peluk RM 35 sebiji

harga tidak termasuk kos penghantaran
kalau ambil sendiri di rumah, tiada caj.
kawasan: Mergong, Alor Star

hubungi
Puan Zurinah 0175710773
Asraf 0175610098


Proses membuat bantal kekabu secara manual dan buatan tangan, dijamin elok kualitinya. Menggunakan 100% kekabu asli.



Bantal Tidur

kekabu asli 100%

saiz standard (boleh muat mana-mana sarung bantal di pasaran)

Harga RM 25

Harga tidak termasuk kos penghantaran,kalau datang ambil di rumah, tiada cas tambahan
kawasan: Mergong, Alor Star

hubungi
Puan Zurinah 0175710773
Asraf 0175610098


Tilam bayi beserta bantal.

kekabu asli 100%


tilam (satu)
bantal peluk (dua)
bantal tidur (dua)

warna kain boleh dipilih sendiri oleh pembeli


harga:
tanpa sarung RM85
sekali sarung (semua)RM120

Harga tidak termasuk kos penghantaran,kalau datang ambil di rumah, tiada cas tambahan
kawasan: Mergong, Alor Star

hubungi
Puan Zurinah 0175710773
Asraf 0175610098



kepada semua jangan lupa like page MZ ISMA Enterprise di facebook .. klik di sini untuk like