Secara kebetulan atau tidak, tidak dinafikan lagi teori RAHMAN merupakan jawapan kepada persoalan tersebut. Apakah yang saya maksudkan dengan teori RAHMAN ini? Seperti yang kita tahu PM kita yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, PM yang kedua pula Tun Abdul Razak, PM yang ketiga pula Tun Hussein Onn, PM yang ke empat pula Tun Mahathir Mohamad dan PM kelima pula Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Teori RAHMAN ini telah dilengkapkan oleh PM keenam iaitu Dato Seri Najib Tun Razak. Pangkal nama setiap PM ini mewujudkan teori RAHMAN ini.
Rahman
Abdul Razak
Hussein
Mahathir
Abdullah
Najib
Saya berharap negara kita Malaysia akan terus kekal dengan identiti tersendiri iaitu negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan aman damai. Dengan ini saya ingin menyatakan perasaan bangga sebagai seorang rakyat Malaysia dan ingin berpesan kepada semua kawan-kawan supaya hargailah apa yang kita ada sebaiknya dan berusahalah menjadi lebih baik tanpa kenal erti putus asa. “Hendak Seribu Daya, Tak Mahu Seribu Cara, InsyaAllah”
Thought of National Leaders is my choice.
No comments:
Post a Comment